Saturday, December 5, 2009

PERSIDANGAN PEGAWAI SAINS KEBANGSAAN

Hari kedua bermula dengan lancar dan semua peserta memberikan penumpuan dan aktif turut serta dalam sesi perbincangan yang dianjurkan.

Pihak penganjur juga telah menyerahkan slot pada petang hari ini kepada pihak Kongres Pegawai Sains Kebangsaan(KPSM).

Slot petang ini diberikan kepada KPSM bagi membantu KPSM agar dapat mengatur dan merancang perjalanan persatuan yang akan ditubuhkan.

Di akhir slot pada petang ini, semua wakil dapat menghasilkan resolusi masing-masing untuk dipanjangkan kepada pihak atasan.

Terima kasih diucapkan kepada pihak KPSM yang turut serta dalam persidangan ini.

Hari Ketiga bermula dengan Forum yang membincangkan hala tuju dan cabaran di dalam kerjaya Perkhidmatan Sains.

Ahli Panel forum didatangkan dari pelbagai latar belakang agar dapat membantu dikalangan peserta melihat kerjaya perkhidmatan sains dari perspektif yang berbeza-beza.

Majlis penutup persidangan telah disempurnakan oleh Timbalan Dekan FST UKM mewakili Dekan FST UKM dalam keadaan sederhana dan bermakna.

Diakhir persidangan, pihak penganjur sempat bergambar mesra bersama-sama para peserta persidangan. Para peserta nampak berpuas hati dan bersemangat sewaktu meninggalkan tempat persidangan(mungkin sebab kekenyangan, isi kandungan persidangan atau kedua-duanya sekali).

Akhir kalam, kami dari pihak penganjur amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dalam memajukan persidangan yang julung-julung kali diadakan, namun yang paling penting adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan bagi terus memperjuangkan hak dan kebersamaan kerjaya Perkhidmatan Sains.

Salam Maaf dan mesra dari kami, sehingga bnerjumpa lagi di persidangan yang seterusnya.

Ikhlas dari,
Ahli Jawatankuasa Persidangan Pegawai Sains Kebangsaan 2009.

Tuesday, December 1, 2009

PERSIDANGAN PEGAWAI SAINS KEBANGSAAN

Pada hari pertama persidangan:

  • Seramai 138 orang peserta persidangan telah mendaftar.
  • Ucaptama telah disampaikan oleh Prof. Dr. Rahmah Mohammad berkaitan niche-niche penyelidikan di UKM.
  • Kajian Kes 1 telah berjaya disampaikan oleh Y.M Raja Noor Zaedah Raja Ahmad, Timbalan Pengarah Kanan Unit Sumber Manusia, Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • Kajian Kes 2 telah disampaikan oleh Pn.Norlia Musa, Pakar Runding Utama, SIRIM Malaysia.
  • Majlis makan malam telah bermula pada jam 8.30malam dan berakhir pada 10.00 malam. Majlis makan malam dijayakan dengan penglibatan dari para peserta.

Thursday, November 19, 2009

KAJIAN KES 1: PERANAN DAN HALATUJU KERJAYA PEGAWAI SAINS DALAM MENDUKUNG DASAR KERAJAAN

Pembentang: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Objektif:

      Menerangkan sejarah kewujudan jawatan Pegawai Sains dan matlamat utama mewujudkan jawatan tersebut.

Sub tajuk:

      • Menerangkan peranan Pegawai Sains dalam merealisasikan serta mendukung dasar kerajaan.
      • Halatuju kerjaya Pegawai Sains dalam mempengaruhi dan menentukan kualiti pembangunan dan penyelidikan sains yang dihasilkan.
      • Peranan dan kepakaran Pegawai Sains untuk mengurus dan mengendalikan kelengkapan makmal terkini.
      • Keperluan pengurusan peralatan dan pengetahuan yang luas dan terkini bagi merealisasikan penyelidikan bertaraf dunia yang selari dengan kehendak global.
      • Pandangan dan cadangan dalam mengurus makmal dan perkhidmatan alat.
      • Peluang kepada Pegawai Sains meneruskan pengajian di peringkat Master dan Phd.sebagai antara ruang yang luas untuk kenaikan pangkat.

CV PEMBENTANG KAJIAN KES-JPA



1.NAME OF TRAINER/CONSULTANT:

Y.M RAJA NOOR ZAEDAH BINTI RAJA AHMAD


2.PROFESSIONAL QUALIFICATIONS:

•B.A.(Hons)(Geography) Universiti Sains Malaysia
•Diploma Pentadbiran Awam, Institut Tadbiran Awam Negara
•MBA Aston Business School, Aston University, United Kingdom


3.CURRENT POSITION:

Timbalan Pengarah Kanan
Cawangan Skim Perkhidmatan
Bahagian Pembangunan Organisasi
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Wednesday, November 18, 2009

KAJIAN KES 2:PERANAN PEGAWAI SAINS DALAM PENGURUSAN KUALITI MAKMAL

Pembentang: SIRIM

Objektif:

      Kepentingan Sistem Pengurusan Kualiti bagi membangunkan makmal yang mampu memenuhi kepuasan pelanggan dan peningkatan produktiviti yang memerlukan Pegawai Sains berperanan memahami dan melaksanakannya.

Sub tajuk:

      • Memahami dan melaksana Sistem Pengurusan Kualiti
      • Mengetahui ilmu dan kemahiran terhadap sistem pengurusan kualiti
      • Mengenalpasti keperluan melaksanakan sistem
      • Kepentingan Pengurusan Kualiti di makmal
      • Halatuju dan garispanduan
      • Pengukur pemantauan menggunakan Kos Kualiti
      • Tindakan pembetulan dengan Kawalan Kualiti
      • Faedah dari sistem Pengurusan Kualiti
      • Langkah awal untuk Kawalan kos
      • Peningkatan produktiviti
      • Keyakinan terhadap perkhidmatan dan produk
      • Memenuhi kepuasan pelanggan

CV PEMBENTANG KAJIAN KES-SIRIM

CURRICULUM VITAE


1.NAME OF TRAINER/CONSULTANT:

NORLIA MUSA


2.PROFESSIONAL QUALIFICATIONS:

•Registered Chemist Under Chemist Act. (Associate Member of Institute of Chemistry Malaysia)
•Qualified Lead Auditor ISO 9001:2000 (Quality Management System)
•Qualified Lead Assessor ISO 22000:2004 (Food Safety Management System)


3.CURRENT POSITION:

Principal Consultant,
Management System Program
Quality Services Department
SIRIM Berhad

Tuesday, November 17, 2009

KAJIAN KES 3:DARIPADA BENIH MENJADI POHON : MENYUSURI PENGALAMAN JABATAN KIMIA MALAYSIA

Pembentang: JABATAN KIMIA MALAYSIA

Objektif:

      Perancangan dan laluan kerjaya dari pengalaman JKM dalam menentukan dan memaksimakan perkembangan kerjaya seseorang Pegawai Sains disamping pembentukan sahsiah diri dan peningkatan produktiviti berkualiti.

Sub tajuk:

      • Pengalaman JKM di dalam membuat perancangan dan membina pelan induk laluan kerjaya (perjawatan) Pegawai Sains dari C41 sehingga ke peringkat JUSA. Termasuk langkah-langkah awal sehingga terwujudnya struktur organisasi yang kukuh dan stabil khusus kepada jawatan Pegawai Sains

      • Formula dan strategi terbaik JKM di dalam menentukan dan memaksimakan perkembangan kerjaya seseorang Pegawai Sains sama ada dilihat/dinilai dari segi pengalaman bekerja, kepakaran teknikal dan kelayakan akademik semasa
      • Menstruktur dan membentuk perjawatan dan penempatan Pegawai Sains yang kemas dan sistematik

      • Kriteria utama JKM di dalam pemilihan Pegawai Sains dan memaksimumkan kebolehan Pegawai Sains sama ada secara latihan berterusan, program pembentukan sahsiah diri dan aktiviti-aktiviti peningkatan produktiviti berkualiti

CV Pembentang Kaijian Kes-JKM

1.NAME OF TRAINER/CONSULTANT:

HJ. MOHAMAD SALLEH BIN RAMLI


2.PROFESSIONAL QUALIFICATIONS:

Telah bertugas di JKM 27 tahun


3.CURRENT POSITION:

Ketua Seksyen Pengurusan Sistem Teknikal(C54)

Bahagian Penyelidikan & Jaminan Kualiti

Jabatan Kimia Malaysia

Monday, November 16, 2009

KAJIAN KES 4:PEGAWAI SAINS PEMBINA BUDAYA,PENINGKATAN KUALITI BERTERUSAN

Pembentang: INTAN

Objektif:

      Pegawai Sains sebagai Pengurus Makmal berperanan memahami kepentingan membangunkan budaya Peningkatan Kualiti Berterusan dalam organisasi perkhidmatan sains bagi membangunkan makmal yang mampu memenuhi kepuasan pelanggan dan peningkatan produktiviti.

Sub tajuk:

      • Tanggung jawab individu dan organisasi untuk kualiti
      • Memahami kepentingan kualiti
      • Membudayakan kualiti kerja
      • Kepimpinan merubah budaya kerja
      • Pembangunan diri dan persekitaran
      • Penghargaan dan insentif
      • Berpasukan
      • Membangunkan strategi untuk meningkatkan kemahiran
      • Kursus dan Latihan
      • Kitaran Kualiti
      • Peningkatan Kualiti Berterusan
      • Mengenalpasti Penandaaras
      • Mengenalpasti keperluan dan hubungkait antara unit
      • Pendekatan organisasi antara Pengurusan dan Teknikal
      • Kawalan pembekalan dan penghasilan
      • Faedah membudayakan Pengurusan Kualiti
      • Peningkatan Produktiviti
      • Jaminan dan keyakinan terhadap perkhidmatan dan produk
      • Memenuhi kepuasan pelanggan

CV Pembentang Kajian Kes-INTAN

1.NAME OF TRAINER/CONSULTANT:

DR. A BAKAR SARPON

2.PROFESSIONAL QUALIFICATIONS:

2007- Graduate Certificate in International Management, The University of Melbourne
2005 – Ph.D., Universiti Utara Malaysia
1995 – MBA, Universiti Kebangsaan Malaysia
1981 – BA (Hons), Universiti Malaya
1982 – Diploma Pentadbiran Awam, INTAN
1985 – Diploma Pengajian Islam, UKM

3.CURRENT POSITION:

Ketua Program
Program Kepimpinan Integrasi
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia